Nuffnang Ads

Saturday 30 July 2011

Percubaan Kedua- My Cup Cake


Bismillahirrahmanirrahim...
Seagala Puji Bagi ALLAH...




Ni lah rupanya cup cake kedua yang saya buat dalam hidup ni.Hehehe...Seronok sebenar. Walaupun tak lah sehebat yang kat kedai atau pun orang yang dah lama dalam dunia kek cawan ni.


Kek cawan ni kawan pejabat saya tempah untuk majlis kesyukuran sempena masuk rumah baru dia. Kebetulan kek cawan yang pertama saya buat dulu adalah untuk fotoshoot kerja saya saja. Dari situlah dia berkenan untuk menempah kek cawan saya. Yang sebenarnya tak ada niat langsung pun untuk membuat urus niaga kek cawan ni. Saya bukannya biasa sangat. Baru nak belajar. Tapi dah dia beria-ria sangat mintak saya buat, saya cuba lah. Dah lah nak berkonsep pulak tu, katanya rumahnya nanti berkonsepkan hitam dan putih katanya.. Saya terfikirlah juga macam mana lah nak bagi konsep untuk kek cawan minah ni nanti. Alatan tak ada sangat, kalau macam orang lain saya tengok dalam internet siap boleh print macam-macam gambar lagi. Tapi tak berani nak janji rupanya nanti cantik atau tidak, sama atau tidak dengan konsepnya..dia cakap ok..saya pun oklah!


Bukanlah beria-ria buat untuk jual tapi lebih kepada tolong kawan-kawan walaupun berbayar. Hehehe...Cabaranlah juga bagi saya yang baru belajar ni.Macam mana lah nak buat konsep hitam dan pituh dengan keperluan yang ada di dapur saja. Malas pulak nak beria-ria membeli. Rasanya nak beli cawan dan kotak dia saja. Bahan-bahan mentah lain guna saja apa yang ada di rumah. Dalam proses membuat kek tu saya terfikir jugak macam mana nak buat warna hitam. Idea dah ada untuk mendecorasi ('curi-curi' idea sikit kat dalam internet). Bila dah dapat idea tu, ada pula topping warna hitam untuk di gunakan. Fikir punya fikir......tiba-tiba suami mencelah bagi idea untuk blender biskut oreo puteri kami. Ok juga idea ni. Cubalah....


Akhirnya jadi juga...Walaupun warnanya tidaklah betul-betul hitam tapi hampir-hampir kepada hitam.Oklah.


Satu kelemahan saya bab nak pipping buat tulisan tu...agak gementar juga. Walaupun hampir tiap-tiap hari kerja saya menulis saja tapi menulis pada makanan ni belum pernah lagi. Lagi tangan saya ni bukan tangan orang seni. Kalau tangan suami tu memamg la tangan oarng seni pada saya. Tapi saya malas nak ganggu dia tengah menghiburkan 'pembantu puteri' kami. Kalau tak..'pembantu puteri' saya tu lah yang dah awal-awal lagi 'menulis' pada kek cawan saya ni. Pantang tengok saya keluarkan tepung. Tengok saja alatan membuat kek saya seolah-olah 'syurga' lah bagi dia gamaknya. Suka sangat 'menolong' saya memasak. Walaupun kami dah belikan alat masak yang mainan tetap juga nak yang 'real'. Kekadang seronok juga tengok telatah dia, maklumlah anak pertama...


.......dan akhirnya ini lah hasilnya. Decorasi yang tak seberapa untuk percubaan kali kedua...


Disini saya kongsikan salah satu blog yang saya jumpa memaparkan cara-cara menbuat cup cake dan info-info lain berkenan cup cake: http://cara-buat-cupcake.blogspot.com/ Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Cupcake yang sangat sedap. Thanks to u sis! Kawan-kawan pun puji, siap ade yg bungkus bawa balik lagi. Masakan u memg sedap!

    ReplyDelete