Nuffnang Ads

Saturday 30 July 2011

Kek Marble

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala Puji Bagi ALLAH...




Ni adalah kek kegemaran Allahyarham ayahku Mohd Lazim Bin Salleh. Mudah-mudahan roh kedua ibu bapa ku di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Tak sangka pula kek kegemaran ayah turut menjadi kegemaran my husband. Tatkala membuat kek ni untuk suami saya akan teringat Allahyarham ayah. Tapi kek dalam gambar ni sebenarnya saya jual di pejabat bila ada kelapangan untuk membuatnya. Saja untuk seronok-seronok. Tapi jauh di sudut hati sebenarnya ada niat untuk membuka kedai kek suatu hari nanti kalau ada rezeki dari ALLAH dan panjang umur...InsyaALLAH.


My husband menggelarkan kek ni ' kek bodoh '. Agak kasar juga bunyinya, pada mulanya saya pun agak terkejut juga walaupun kami berasal dari  'padang' yang sama tapi keluarga saya tak pulak menggelarkannya sedemikian. Memang dah istilah dia macam tu nak buat macam mana. Lain padang lain belalang orang kata, tapi ni dalam padang yang sama pun dah macam-macam istilah. Tapi tidaklah bermaksud untuk mencaci makanan tapi kata suami di sebabkan oleh cara pembuatan,bahan-bahan asas yang digunakan. Apa-apa sajalah.. Janji bila saya buat kek ni cukup 'mendapat sambutan' suami dan anak. Cukup puas kalau kita masak dan masakan tu kegemaran suami, anak, atau siapa-siapa saja dan makanan tu memang habis di makan. Betul tak?!


Tapi saya ni pun masih lagi 'student' pasal masak memasak ni. Saya pun dah lupa bila kali pertama saya belajar membuat kek ni. Tahu-tahu je dah boleh buat kek ni. Mungkin betul juga kata suami cara membuat dan bahan-bahan yang mudah saja. Cara nak buat pun tidak lah susah sangat. Disini saya kongsikan bersama petua membuat kek.


Petua Membuat Kek:

Kualiti membuat kek bergantung kepada teknik pembuat kek.
Walaupun bahan-bahan yang digunakan sama tetapi teknik yang berbeza memberikan hasil yang berbeza juga.Ada beberapa kemungkinan yang dapat menjelaskan mengapa kek yang anda buat tidak segebu di kedai kek.

Kek kering
• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan sehingga udara terperangkap terlalu banyak    dan kek menjadi kering.

• Suhu oven yang kurang panas sehingga kek harus berada di dalam oven terlalu lama.Panaskan dahulu oven pada suhu yang diinginkan sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum kek dibakar, kemudian barulah masukkan kek.

Kek retak atau pecah
• Suhu oven yang terlalu panas.

• Kek diletakkan di rak paling atas oven yang membuat permukaan kek terlalu panas.Letakkan kek di rak bahagian tengah sehingga mendapat oven yang merata.

• Loyang yang dipakai terlalu kecil hingga isi loyang menjadi terlalu penuh

Kek bantat
• Bahan cair yang digunakan lebih banyak dari bahan kering sehingga adunan menjadi  terlalu lembik.

• Jumlah bahan pengembang seperti serbuk penaik dan bikarbonat yang digunakan tidak sesuai.Akibatnya kek tidak dapat mengembang sewaktu dibakar.

• Proses pembuatan awal seperti memukul telur dan mentega tidak sebati hingga berwarna putih.Bahan-bahan lain dimasukkan sebelum waktunya.

• Cara mengacau adunan salah atau berlebihan semasa memasukkan tepung.Lakukan pengacauan dengan senduk kayu secara searah dan tidak terlalu lama.Jika memakai mixer,pasang dengan kelajuan rendah sambil kacau sehala.

Kek turun dibahagian tengah
• Dikacau berlebihan sehingga menyebabkan adunan terlalu halus dan menghancurkan udara yang telah terperangkap di dalamnya.

• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan.

• Suhu oven yang tidak tepat,kurang panas atau terlalu panas.

• Kek kurang masak.Caranya ialah dengan menusuk lidi di bahagian tengah kek,jika adunan tersebut tidak melekat di lidi,kek sudah masak.Boleh juga dengan cara menekan hujung jari ditengah-tengah kek.Kek yang cukup masak akan naik semula seperti mana anda menekan span.

No comments:

Post a Comment