Nuffnang Ads

Saturday, 30 July 2011

D.I.Y Frame Gambar

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala Puji Bagi ALLAH...


Saja nak kongsi cerita. Ni adalah salah satu projek D.I.Y my husband . Dia suka sangat buat kerja-kerja pertukangan ni. Mungkin mewarisi bakat dari Allahyarham datuk dan Allahyarham bapa dia kot. Kalau boleh semua benda nak di 'tukang'kan sendiri (walaupun kadang-kadang hasilnya tak lah 'cemerlang' sangat) hehehehe....

Kami berkongsi minat yang sama dengan benda-benda dekorasi rumah ni, bahasa sekarang 'interior design'. Cuma belum ada rezeki lagi untuk memiliki kediaman sendiri. Apa-apa di rasa murah dan cantik atau pun boleh membinanya sendiri, kami cuba buat sendirilah. Lagi pun rumah sewa, bukan boleh 'lebih-lebih' sangat pun untuk mendekorasi...lain lah kalau rumah sendiri.Hehehehe...


Ni adalah alatan-alatan yang digunakan untuk membuat frame gambar. Kawan-kawan pun boleh buat sendiri kalau ada kelapangan.

Bahan-bahan: 

1.Tukul
2.Pensil
3.Pita Ukur
4.Stapler Gun
5.Paku (2cm)
6.Kayu (4cm x 2cm)- beli dikedai hardware
7.Kain- Saya beli lebihan kain yang di jual di Ikea.Kebetulan corak yang menarik.
Nota:Semua alatan bergantung kepada kesesuaian dan kreativiti masing-masing.

Cara Membuat:

Kayu di ukur dan di potong mengikut saiz yang bersesuaian mengikut cita rasa masing-masing.
Cantumkan kayu berbentuk segi empat tepat.
Bila dah siap frame, lekatkan kain (perlu di tarik tegang untuk mendapatkan hasil yang cantik) dengan menggunakan stapler gun.Dan....


Hasilnya boleh tahan la..ala setakat nak gantung untuk menjamu pandangan mata dalam rumah...

Yang ni telah di tambah lukisan menggunakan warna pelaka. Selamat mencuba...


No comments:

Post a Comment