Bismillahirrahmanirrahim...
Segala Puji Bagi ALLAH...
Ni adalah percubaan pertama saya membuat cup cake. Seronok melihat dan membaca blog-blog pembuat cup cake di internet. Semua tu pencetus idea untuk saya mencuba membuat sendiri. Bukan cup cake saja malah bermacam-macam resepilah yang saya dah cuba. Terima kasih untuk para blogger dan sesiapa saja yang sudi berkongsi resepi dan ilmu yang memberi manfaat bersama di internet.
Sedikit info untuk di kogsi bersama.
Sedikit info untuk di kogsi bersama.
INFO: Kek cawan
- Dicipta pada awal abad 19, dieja dengan dua nama cup cake dan cupcake.
- Digelar kek cawan merujuk ukuran kek semuat cawan teh.
- Di Eropah, ada yang menyebut kek cawan sebagai kek pari-pari. Kononya, merujuk saiz kek itu yang dikatakan sesuai untuk santapan majlis keraian pari-pari.
Resipi kek cawan ditulis sebagai 1234 merujuk empat adunan asas dengan kuantiti sama banyak iaitu mentega, gula, telur dan tepung.
Di Amerika Syarikat, sejarah moden kek cawan bermula pada 1996 iaitu antara hidangan istimewa Kedai kek Magnolia bertempat di Greenwich Village, New York.
Zaman kanak-kanak saya dulu-dulu suka sangat makan 'banana cup cake'. Dulu tak terfikir pun tu adalah cup cake juga sebenarnya. Kalau siapa-siapa pernah ke negeri sebelah pantai timur terutamanya Kelantan masih ada jual lagi. Banana cup cake retro(ni istilah saya). Cuma sekarang ni susah sikit nak dapat yang betul-betul rasa pisang lebih. Kalau saya balik rumah mak mertua mesti beli. Kebetulan kegemaran husband saya juga yang turut di gemari puteri saya.
Cup cake yang kecil tu saya beli di Jaya Jusco kebetulan lalu kat satu kedai. Saja untuk mencuba rasanya. Dalam perjalanan balik rumah terfikir rasanya untuk mencuba buat sendiri cup cake, tapi bahan- bahan belum ada lagi...Mana agaknya kedai cake yang banyak pilihan. Fikir punya fikir teringat kedai kek seksyen 13, apa lagi terus la pergi meninjau barang-barang keperluan.Resepinya memang dah ada..Maka terhasillah cup cake pertama ku...
No comments:
Post a Comment