Ini ialah kek hari lahir tahun pertama puteri saya. Ia kek butter dengan icing topping. Saiznya juga kecil kerana pada hari yang sama saya menyiapkan dua kek iaitu kek ulangtahun perkahwinan ke-2 yang kebetulan sehari selepas hari lahir anak. Alang-alang dah buat, saya buat dua sekali gus. Hiasan icing adalah hasil kreativiti suami saya. Rasanya sungguh puas merasa kek hasil tangan sendiri dan menjadikan 17 Jun setiap tahun menjadi lebih istimewa...
Mengenangkan kembali saat-saat tu...sungguh sedih.... Walaupun tak dapat untuk menyediakan sesuatu yang hebat untuk hari istimewa kami dan anak..tapi dalam masa yang sama rasa puas dapat buat kek tu dalam masa yang singkat dan dapat pertolongan dari 'assistant puteri' saya. Dialah yang paling gembira sekali dapat kek pertama...Kalau dia tengok tv cerita orang sambut birthday potong kek,tiup-tiup lilin bagai..suka sangat walaupun baru 1 tahun..
Lepas je potong 2-3 slices, habis di 'kerjakan' kek tu...seronok dan geram gamaknya dapat kek pink warna kegemaran. Sekarang ni pantang tengok benda warna pink...kereta saya pun nak di 'pink' kan kalau nampak kereta orang kat jalan pun dia nak naik. Terpaksalah kek kami pun di 'pink'kan...Semua tu pengaruh kuat dari mak sedara dia. Asal beli apa-apa saja mesti warna pink......
No comments:
Post a Comment