Nuffnang Ads

Sunday, 31 July 2011

Pojek Ramadhan Part 1-Popia Horlick

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji agi Allah....

Ramadhan kembali lagi...Saya tidak membuat apa-apa persediaan yang besar untuk ini...Cuma niat nak tambah stok oat di rumah dalam misi untuk mengurangkan berat badan kami suami isteri.Saya juga mengambil tempahan Popia Horlick & Kek Coklat Kukus. 




Popia Horlick RM14.00/500gram  



Kek Coklat Kukus pula RM14.00/600gram++. 



Kebanyakannya untuk officemates sahaja, tiada pasaran luar tahun ni kerana saya tiada 'agen' pemasaran seperti tahun lepas. Tahun lepas banyak juga saya buat tapi pulangan kurang kerana 'agen' mengambil dengan harga yang murah. Memandangkan untuk permulaan berniaga gagahi juga lah waktu itu..Tapi kalau dengan keadaan harga barang makanan sekarang ni, memang tak dapat lah harga macam 'agen' dulu tu.


Alhamdulillah sambutan menggalakkan diterima. Untuk itu saya juga menyusun jadual agar semuanya balance, berjalan lancar  dan deadline tak terbarai.  


Dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda resipi popia horlick ini. Sajian pilihan saya sudah tentu super duper mudah dan tidak banyak bahan diperlukan. Resipi ini saya dapati dari Internet tetapi telah saya ubahsuai untuk mendapatkan hasil yang lebih premium.


POPIA HORLICK

Bahan-bahan

Popia
500 gram kulit popia (1 paket)
5 cawan minyak
Satu sudu besar tepung dicampur air sebagai gam
Sebatang straw
Pisau yang tajam

Salutan Horlick
1 cawan nestum yang dikisar/ditumbuk kasar
1 cawan horlick
11/2  cawan gula aising

Cara-cara
  1. Mula-mula ambil kulit popia. Pastikan baki yang belum digulung disimpan dalam bekas yang kedap udara agar ia tidak kering dan susah digulung.
  2. Ambil sekeping kulit popia dan gulung dengan straw. Jangan terlalu ketat nanti straw susah dikeluarkan.
  3. Tinggalkan sedikit hujung untuk disapu gam.
  4. Tarik straw dan potong pendek sepanjang 3cm.
  5. Buat sehingga habis dan goreng dengan minyak yang panas.
  6. Tos kering dan sejukkan sebelum disalut.
  7. Cara menyalutnya, ambil satu bekas besar, campurkan bahan salutan sebati.
  8. Masukkan popia yang telah digoreng secara berperingkat. Simpan dalam bekas yang kedap udara.
 Senang dan mudah kan?? Kosnya pun tak tinggi. Selamat mencuba ye!

No comments:

Post a Comment