Nuffnang Ads

Sunday, 24 July 2011

Kek Coklat Kukus



Bismillahhirrahmanirrahim,

Segala puji bagi ALLAH.....

Kali ini saya ingin bercerita tentang Kek Coklat Kukus. Kek coklat ini kegemaran keluarga saya. Kek Coklat Kukus dengan chocolate ganache dihias hundred & thousand. Saya mendapat resipi ini dari Internet...terima kasih kepada tuan punya resipi ini. 


(Sebelum tabur apa-apa deco kat atas)


Masa preggy dulu saban hujung minggu saya akan buat kek...to fulfill tekak mak buyung yang crave for sweet stuff. Ya, semasa mengandung juga adalah masa amat produktif bagi saya. Every weekend saya akan mencuba beberapa resipi tapi resipi kek coklat ini paling saya gemar sebab ia senang dibuat dan bahan pun tak banyak.



Adakalanya saya akan bawak Kek Coklat Kukus ini ke potluck di office, tanpa niat untuk tujuan  sampling atau sebagai tester. Bermula dari situlah kawan-kawan menempah kek ini untuk dimakan bersama keluarga, sambutan hari lahir, jamuan rumah terbuka atau anniversary. Itulah  yang saya katakan sebagai perniagaan suka-suka. Ia bermula tanpa saya rancang. Malah Ramadhan 2010 yang lalu saya  membekalkan kira-kira 30 biji kek ini dan 15 Kek Marble ke sebuah tapak pasar  disepanjang 10 hari sebelum raya.Cuma bezanya untuk jualan ke bulan Ramadhan saya menggunakan acuan empat segi memanjang dan packagingnya ialah kotak plastik supaya mudah dilihat oleh pembeli dan senang dikendali oleh penjual.



Yang ini telah siap topping dan diletakkan di dalam kotak.Lazimnya saya akan mengukus kek di malamnya dan meletakkan ganache di sebelah pagi-kira-kira jam 5 pagi. Kemudian saya sejukkan dalam peti ais agar ganache lekas mengeras. 


Ini adalah kek yang telah bersalut choc ganache dan disejukkan di dalam peti ais . Saya tidak mempunyai peralatan yang cukup seperti baker yang profesional...jadi pandai-pandailah menggunakan peralatan yang ada di rumah. 


Seperti yang ini ditempah khas oleh seorang kakak jurufoto otai di pejabat. Dia antara regular customer yang kerap menempah kek  saya...kadang-kadang hingga dua biji sekali gus. 


 Jika ada kelapangan saya akan mengambil foto hasil kerja saya untuk koleksi sendiri.


Saya menyimpan hajat untuk memiliki DSLR sendiri cuma dana tak cukup-cukup untuk itu. So asyik berangan depth of field pakai kamera handphone je lah...


Dua kek ini siap untuk dihantar ke customer. Bagi saya kek home made semestinya berbeza dengan kek yang dihasilkan secara komersial di kilang. Sentuhan dan adunan bahan juga perlulah seperti untuk dimakan sendiri. Maksudnya saya tidak menukar apa-apa bahan supaya saya dapat menggandakan keuntungan. Kek untuk tempahan  tetap saya guna bahan asal seperti susu cair, whipping cream dan butter supaya rasa dan identiti home made tidak lari.

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi resipi dengan anda semua. Sekali lagi saya ingin berterima kasih kepada tuan punya resipi ini, hanya Allah yang mampu membalasnya..saya sebenarnya sudah lupa dari laman web mana saya mendapatnya. Tetapi ia cukup memeriahkan dapur kecil saya...

KEK COKLAT KUKUS 

Bahan-bahan
(A)
1 1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh soda bicarbonate

(B)
1 cawan minyak masak (saya guna minyak kacang soya yang sedia ada di rumah)
1 cawan gula kasar
1 cawan susu cair


(C)
3 biji telur gred A (kalau gred B pakai 4 biji)
1 sudu teh vanilla ekstrak


Cara membuatnya

  1. Mula-mula saya masak air dalam pengukus. Letak air yang mencukupi untuk aktiviti mengukus selama 1 jam. 
  2. Kemudian sediakan acuan yang digris dan berlapik baking paper.Saya guna dua acuan bulat 6'' X 3".
  3. Then saya akan ayak bahan A.
  4. Kemudian saya akan satukan bahan B dalam satu periuk ber'handle'. Kemudian saya akan masak atas api yang kecil till gula hancur dan semuanya sebati.
  5. Sementara menunggu bahan B atas api, dengan pantas saya akan pukul bahan C iaitu telur hingga kembang. Paling penting menggunakan bekas dan pemutar yang kering dari air supaya telur boleh kembang maksimum. Bila kembang masukkan vanilla.
  6. Selepas angkat bahan B dari dapur terus dimasukkan bahan A sedikit demi sedikit sehingga habis.Kacau rata. Ketika ini penggunaan periuk ber'handle' amat berguna supaya mudah anda mengacau walau pun periuk masih panas.
  7. Selepas itu masukkan telur dan kacau rata.Jangan guna pemutar. Cukup sekadar kacau supaya telur sebati dengan adunan. 
  8. Then tuang ke dalam 2 acuan. Untuk memastikan berat adunan dalam dua  acuan ini sama, saya timbang dahulu.
  9. Tutup bahagian atasnya dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis ke atas kek. Kukuslah selama sejam dengan api  besar yang konsisten.
  10. Selepas masak,sejukkan  kek sebelum menyalutnya dengan choc ganache.

CHOCOLATE GANACHE


Bahan-bahan
200 gram whipping cream
200 gram coklat masak (potong kecil)
2 sudu besar mentega


Cara membuatnya

  1. Masukkan whipping cream ke dalam periuk kecil ber'handle'. Masak di atas api kecil till ia berbuih  kecil.
  2. Masukkan coklat masakan. Kacau rata sehingga semua cair.
  3. Kemudian masukkan mentega bertujuan untuk memberikan kilatan ekstra pada ganache dan rasa lemak ekstra supaya kek kita akan lebih yummy.
  4. Selepas disalut ganache bolehlah ditabur hundred & thousand sebagai hiasan. 

Selamat mencuba! Harap ia akan menceriakan hari anda....

No comments:

Post a Comment